About

A little bit about me.. I’m a mother of two (Danisya Ardini – will be 13 this year) and Adib Zaquan – will be 2).  We stay in Puchong.. I work in Bukit Jelutong, Shah Alam as a “sekehteri”. I’m already 39 years old .. hmm, getting younger!!

Now lets get into business..

Siapa LizCookies Shop

LizCookies mula beroperasi secara kecil-kecilan sejak tahun 1996 dan dikendalikan oleh pengasasnya (saya lah tu – Liz) selama beberapa tahun.  Tahun demi tahun, sambutan dan penerimaan pelanggan terhadap biskut raya keluaran LizCookies semakin menggalakkan, malah mempunyai ramai pelanggan tetap.  Tempahan yang diterima pada musim perayaan juga semakin meningkat terutamanya biskut yang berasaskan coklat chip.  Bagi mengekalkan konsep “homemade” dan menjaga kualiti biskut yang dihasilkan, LizCookies kini mempunyai beberapa orang pekerja mahir yang terdiri daripada adik-beradik dan sanak saudara.

LizCookies Shop juga menerima tempahan menyediakan buah tangan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi dan majlis perkahwinan.  Biskut coklat chip dan biskut berhias aising adalah di antara biskut yang menjadi pilihan.  Kami menyediakan beberapa pakej yang dapat disesuaikan dengan bajet anda.  Harga kami adalah antara yang berpatutan di sekitar Lembah Klang dan kebanyakan tempat.  Hubungi kami untuk kelainan dalam majlis anda!

Produk Halal

Biskut jenama LizCookies merupakan keluaran bumiputera, dibuat secara “homemade” dan menggunakan bahan-bahan yang mempunyai logo Halal dari Jakim atau badan-badan yang diiktiraf oleh Jakim. 

Jaminan Kualiti

LizCookies Shop sangat mementingkan kualiti kerana kami juga adalah pembeli seperti anda yang mahukan ‘value for money’ (malah kami juga ada QC Inspector @ Pengkritik Tetap yang tak bergaji yang sentiasa memastikan kualiti cookies kami terjamin!).

Pilihlah Kami

  • Anda boleh menikmati pelbagai home-made cookies yang sedap dan rangup sepanjang tahun (tak perlu tunggu raya!).
  • Kesedapan biskut coklat chip kami setanding dengan biskut coklat chip keluaran jenama luar negara.
  • Harga sangat berpatutan dan boleh dirunding untuk tempahan secara pukal.
  • Biskut keluaran LizCookies Shop hanya dibuat apabila tempahan dan bayaran diterima.
  • Biskut kami pasti menepati citarasa anda (tidak terlalu manis seperti kebanyakan Choc Chip Cookies lain).
  • Kami menerima tempahan untuk apa jua majlis anda (you name it, you got it!).
  • Last but not least, our cookies are baked with lots of LOVE!.

12 responses

30 03 2007
CK

Salam Yong!

Nice blog you have here.*CK drooling tengok all those goodies, yummmss!!!*

Btw, here’s the correct link to my blog:
http://ckayfei.net/blogs/ck/

Take care and good luck with the *business!*🙂

30 03 2007
yongpuchong

Thanks for dropping by Kak CK. Oops, no wonder can’t go to your blog this morning! U take care ya..

5 04 2007
miza

Liz…. so happy to hear all these stories + your business. apa khabar skrg? my family + aku very good. hope to meet you soon….

6 04 2007
yongpuchong

Miza!!! wei, rindue arrr.. macam dok jauh sangat.. nanti kita set date ngan zit sekali, gebang2 sambil makan kek ngan kuih.. nak?

13 04 2007
chempaka

hai yong,
a friend of mine(ia also your school mate) send this add to your blog!!im so impressed to see all this.keep it up.

13 04 2007
yongpuchong

Chempaka, thanks for ‘dropping by’ and million thankssss for the moral support!

18 04 2007
miza

Hi liz, sorry for the late reply. sooo bizi lately.. bila nak jumpa ya????? rasanya mcm nak belajar buat cake & cookies dgn hang…..

18 04 2007
yongpuchong

Miza, no hal, meh ler kepoh2 dok dapor aku.. sure heboh punyalah!

12 09 2007
lelo

kak yong/kak liz(mane satu ek??? heheh)

kita nak tanye sket laaa…
pernah jual2 muffin tak?? seketoi bape sen ek??
size.. hmm… yg acuan ade 12 ketoi tu…
ingat nk tanye2 lam resepidotnet tu tp kite jarang2 bukak email yg subscribe grup tu..
kot2 tak terbaca….

kite sukeee sangat tengok2 blog akak nih…
menarikkkk sumo..n rasa cam nk tryyy je sumo2 yg ade lam nih… hihihi…
TQ kak

13 09 2007
yongpuchong

Dik lelo, yong or liz, dua2 org yg sama & dua2 nama digunapakai.. hehehhe.

kita pun sukeeee sangat2 bila awak suka tengok blog kita.. cam dapat award plak.. hehehhe.. ye silalah try mana yg berkenan di jiwa.. itupun tak sempat2 akak nak uploadkan resepi pasal tak reti sgt la guna wordpress ni..

Muffin tak penah jual tapi cupcakes biasa la.. muffin lom master lagik.. Tapi basic calculationnya, kira modal pastu x 2 ke, 2.5 ke.. itu kira upah labor, api, air, expertise la.. depends pada kawasan berniaga gak..

4 03 2008
bibomedia

🙂

26 05 2009
ida

leezzz… ko dh menambah ye? hmmm menjaga baby nampak..? tahniah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: