Juri Kuih Raya Baru LizCookies 2011

10 03 2011

Salam sumer…  Semangat tengah overboard nih!!  Ok, time for latest update.  LizCookies tengah meng-CSI-kan kukis2 baru utk dicalonkan dalam KUIH RAYA 2011 nanti..  So, i was thinking, apa kata kita lantik juri-juri awam utk bagi recommendation pada kukis2 yang akan diterai nanti…  Alah, kita saje sesuke la, nak tengok market punya taste macam mana.. and at the same time, boleh wat marketing for LizCookies sekali.. tak berapa lama lagi je kan (selingan japs – dah abis ganti puasa ke belum nih??  heheheheh, look who’s asking!).  Ok, senang je ciri-ciri juri yang diperlukan.. meh baca lagi:-

1.  FREE samples of about 10 pieces of cookies akan diberi kepada setiap juri.  Kalau rasa sikit sangat, nanti kitorang tambah ler..

2. Delivery of ‘bahan ujikaji’ – by hand only ye.. so, khas untuk “peserta-peserta” yg duduk sekitar Puchong or Bukit Jelutong je ek.. Silalah ambik sendiri kat my house or office.. unless la ada yg dok jauh tu rajin lak nak meronda ke Puchong.. sape je layak menyertai, janji datang ambik sendiri.

3.  Bukan juri tetap – meaning, bila ada kukis baru, then only juri dipilih based on first come first serve.. depends on berapa banyak bekas yg dapat for the new kukis tu.. So, selalu2 lah check LizCookies blog / fb for updates.

4.  Sila war-warkan pada kawan-kawan, family members, sedara mara, boipren gelfren, geng-geng makan, geng bas sekolah, etc.. Caranya, buat special entry dgn tajuk yg sama macam entry ni kat your fb/blog & link kan this entry ye.. (REFER ITEM B DALAM SYARAT WAJIB PENYERTAAN).

5. Kalau ada juri yang ngelat, i.e. lepas rasa ‘bahan ujikaji’ tak buat entry/komen kat blog sendiri, maka juri tersebut akan disenaraihitamkan!

6.  Ada lebih dari 10 jenis kukis baru yg akan di-CSI-kan.. Akan cuba buat sebanyak mungkin dan sekerap mungkin sebelum the FINAL KUIH RAYA 2011 dibuat di pertengahan bulan May ini..

7.  Kalau ada sesape yg nak mengkomersialkan resepi kukis sendiri & kongsi resepi dgn LizCookies (free ek..), bolehlah suggest kat kitorang utk dicuba..

OK, sekarang jadi serious sket.. SYARAT-SYARAT WAJIB PENYERTAAN adalah:-

A.  Emailkan maklumat peribadi to maliza@pic.com.my.  Kitorang cuma nak tahu:-

  • Nama
  • No. telefon utk dihubungi.

B.  Komen kukis yg dirasa MESTI dipublish in your blog/fb secepat mungkin. Refer Item 4 above ye.. Dalam entry tu, silalah komen tentang:-

  • Rasa – manis sangat ke, tawar ke..
  • Rupa – buruk ke, plain sangat, patut letak hiasan, contoh hiasan, etc.
  • Suggest nama glamer.
  • Berapa “bintang” yg korang bagi utk rate this cookie (out of 5).

OK, jom la beramai2 menghavockan diri sket dgn LizCookies ni.. Cookies pertama akan mula di-CSI-kan sehari dua lagi.. Jangan lupa, sape cepat dia dapat ek..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: