LizCookies di Wanita Hari Ini (TV3)

16 08 2010

Ya betul, LizCookies nak masuk tivi!  hehehhehe..  Macam tak percaya bila sorang journalist merangkap pengacara Wanita Hari Ini called saya last week untuk datang buat wawancara & shoot aksi-aksi pembantu-pembantu saya buat kuih di dapur rumah…   Huh, memang gabra giler!   Pembantu-pembantu a.k.a. adik beradik saya sendiri yang selalunya havoc terus jadi pemalu dan pendiam!  masing2 sangat kusyuk & tawadduk buat keje sendiri… hahahhahahah…  baik sungguh dorang.. tak payah saya nak ugut kasi “warning letter” macam selalu.. (gurau2 je dengan dorang bila ada yg tak betul.. saje nak ceriakan suasana..)

Jangan lupa saksikan saya dengan segala “kegigilan-dan-kegagapan-sambil-cuba-nak-control-ayu” pada:-

  • Hari Rabu, 18 August 2010
  • Dari jam 12noon (tak tahu la pulak pkl berapa slot saya keluar)

Kata adik yg interview saya tu, kalau ter”miss” siaran, boleh je gi google cari TV3 Catch-up dan tengoklah muka sendiri berulang2 kali sampai muntah.. (heheheh, itu ayat saya tu..).

Ok, kalau saya berjaya dapatkan videonya, definitely akan post kat sini..





Biskut Raya Pilihan – Top 5

12 08 2010

Salam Ramadhan semua..

Alhamdulillah, tempahan makin meningkat sekarang.. production team pun semakin gigih bekerja, siang dan malam.. (production malam kene buat lepas solat terawih la.. ingatan utk diri sendiri – dunia kita cari, akhirat pun kita cari..)

Tempahan masih dibuka sehingga seminggu kita berpuasa ye.. jangan tunggu lagi, cepat2 lah buat pesanan anda.. last2 minit nanti menyesal kalau takde kuih raya yg best2 untuk disajikan.. Okay, untuk pengetahuan semua, Biskut Raya Pilihan 2010 setakat ini (top – 5) adalah:-

Nombor 5:  Tart Blueberry

Nombor 4:  Almond Thumbprint

Nombor 3:  Snow Almond

Nombor 2:  Spot d’ Choc Chip

Dan pemenangnya (setakat hari ini) adalah:  Hazel-Oat Crispy

Macam tak percaye, ketiga2 biskut baru mengungguli carta tahun ini.. 

Tahun ni memang banyak kejutan..  Ada satu lagi kejutan yang tak sabar2 kami nak share dengan semua.. tapi tunggulah hari Isnin nanti saya update, Insyallah.. takut tak jadi kang, malu plak orang kampung semua dah tahu!!.. hehhehehe.. tungguuuuu…





Salam Ramadhan

4 08 2010

Salam,

Rasa-rasanya semua muslimin dan muslimat dah ternanti-nanti ketibaan Ramadhan yang bakal menjengah tak berapa hari lagi..  Sekarang ni persiapan menyambut Ramadhan pun sama hebat macam persiapan menyambut Syawal gak..  Banyak jugak majlis tahlil, kenduri-kendara atau setakat makan beramai2 dengan ahli keluarga besar saya & kawan2 ofis..  Seminggu dua ni saya mmg menambah berat badan sungguh!!!   Apapun, alhamdulillah syukur.. rezeki Allah..

Dalam kesebokan saya men-distribute samples, banyak pulak tempahan Pre-Ramadhan yang diterima.  Asyik keje “mengulang-tayang” sample & pre-Ramadhan orders jek..  Rasanya hampir 50 botol permintaan pre-Ramadhan ni.. Tapi syukur sangat2, itu tanda sokongan pada kuih raya LizCookies kan.. lagipun boleh la buat tambah2 modal pusingan!

Ok, kembali pada tujuan asal posting ni.. Kami di LizCookies ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada pengunjung-pengunjung LizCookies Shop, semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta keberkatan buat kita.  Jom kita sama-sama doa:-

” Ya Allah Ya Tuhanku, redhalah dan terimalah segala amalanku di bulan Ramadhan ini serta ampunilah segala dosa-dosaku yang telah lalu.. amin”

Terimalah e-kad dari kami khusus untuk pengunjung LizCookies Shop merangkap potential customer kami…