Waffle Hitam Putih

12 01 2009

Entah kenapa semangat berkobar2 sungguh nak buat waffle sendiri.. surf internet utk cari waffle maker kat mana tapi rupanya kat Malaysia ni takde la (waffle maker yg best2 cam kat obersee tu..).  Frust sungguh saya.. tanya punya tanya, finally geng RN kata ada jual kat Tesco, brand Takada.. So hari Jumaat malam tu, saya pegi gak beli kat Tesco, harganya RM59.90.   Pada saya, brand ni tidak langsung menepati citarasa.. poket dia kecik2 (jgn terpedaya dgn gambar bwh ni, nampak macam deep je), pastu warna waffle jadi tak sekata(refer gambar waffle putih).. geram pulak!  rasa cam nak gi obersee semata2 utk beli waffle maker nih!

Hari Sabtu petang, saya try 2 resepi waffle; satu dari Mamafami (modified by Ida Merpati), satu lagi Pensonic punya resepi yg disharekan di www.resepirrrecipe.com.  Pada tekak saya, mamafami punya sedap cuma tak crispy.. rasa cam pancake je.. agaknya pasal waffle maker saya kot yg takde deep pocket.. kalau deep pocket, maybe dia jadi crispy..  Pensonic punya guna minyak lebih, pasal tu kot dia lebih crispy & i like it.. Malam tu punyalah tak menang tangan saya buat waffle kat gerai my dad.. kitorang makan dengan ice cream, peanut butter & chocolate…

Then, on Sunday saya whipped 2 batches of Pensonic batter + 2 batches of chocolate waffle yg saya jumpa resepinya di www.Purnama2U.com yg dishare oleh Along (thanks Along).  Rasanya sedap (kalau makan sikit la) tapi nak menghabiskan sekeping tu, memang agak jemu (mungkin pada tekak saya je).  i think dia lebih sedap dimakan dengan ice-cream. Tapi waffle coklat ni budak2 suka…   pastu ada yg mintak 2 in 1 lagi.. sekeping waffle, separuh putih separuh hitam (sori gambar takde pasal dah kalut ramai yg menunggu waffle ni)…

Resepi2 utk dicuba:-

  WAFFLE HITAM
(Resipe oleh Along dari Purnama2U.com)
Bahan-bahan (utk 2 adun)
* 1 cawan serbuk koko
* 120g butter / marjerin
* 3/4 x 2 cawan gula halus
* 4 biji telur
* 4 ct esen vanila
* 2 cawan tepung + 2 ct baking soda + 1/2 ct garam
* 1 1/2 cawan susu segar + 2 1/2 ct cuka
   
  Cara-cara
* Gaulkan koko, marjerin & gula sehingga rata
* Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
* Masukkan esen vanila.
* Masukkan tepung & susu berselang-seli.
* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).
* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos, peanut butter, etc.
  WAFFLE PUTIH
(Resipe Pensonic yg dishare di http://www.resepirrrecipe.com)
Bahan-bahan
* 2 biji telur (asingkan putih & kuning)
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1/2 cawan minyak sayur (saya guna minyak biasa je)
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1 cb baking powder
* 1 cb gula halus (saya buat 2 cb – lagi sedap)
* 1 ct garam (saya kurangkan jadi 1/2 ct je)
   
  Cara-cara
* Pukul putih telur hingga kembang (stiff but not dry). Ketepikan
* Dalam bowl lain, pukul kuning telur hingga agak pekat.
* Campurkan susu dan minyak dalam kuning telur.
* Masukkan pula bahan2 kering.  Gaul rata.
* Akhir sekali masukkan putih telur tadi.  Kaup balikkan.
* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).
* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos, peanut butter, etc.

 

dsc06630

 dsc066311

dsc06637

dsc06633

dsc06635

dsc066411





Bread & Butter Pudding

12 01 2009

Semalam memang ter-rajin sket nak gi dapur.. lagipun my ‘family besar’ nak makan waffle, so Adib saya tinggalkan dengan mummy dia (my sis).   Roti ni dah duduk dalam fridge seminggu, so it’s time to clear it.. buat puding roti la.. kali ni saya modified sket pasal susu cair ada 1 tin je.. saya gunakan utk sosnya.. so, utk puding, saya guna susu segar je + gula sket.. pastu atasnya saya tabur gula perang instead of gula biasa utk dapatkan kaler yg lebih menarik (ikut cara Sherina RN – thanks dear!).

Pastu saya bakar 25 minit.. lepas masak tu, terus bawak gi gerai my dad.. kat situlah kitorang selalu berkumpul satu family sekarang ni.. petang2 tak ramai orang luar datang makan.. So, anak beranak jelah yg memenuhkan gerai makan my dad tu..

Kali ni saya buat mungkin terkurang baking time.. but i like it!! pasal dia lembab dan lembut.. memang sedaplah!!  hish, teringat2 pulak kesedapannya (Sally kalau baca ni sure jejer2 air liur…. hehhehehe). Yg halus2 kat atas puding tu is cheddar cheese.. memang lagi kellasss rasanya!!

dsc06624

dsc06622





Air Soya

12 01 2009

Rasa cam dah lama betul tak buat posting baru.. keje kat ofis ni melambak2.. Konon2 nak tanam azam baru – balik rumah pkl 6 sharp (ofis hours dari 9am – 6pm).  Tapi apakan daya, cita2 tak kesampaian..

Anyway, back to masak memasak.. mmg tak dinafikan semangat mencuba dishes baru ni masih membara.. cumanya masa sangat limited sejak ada Adib Zaquan ni.. asyik ek ek ek, kene duduk dengan dia je.. 

Tapi disebabkan Lynn Sham geng RN yg membakar semangat kitorang dengan Smart Lady Food Processor nya yg boleh buat air soya dengan perfect, saya pun ikut sama beli (kak Rozi RN yg arrangekan, ramai gak beli!).  Takmo ketinggalan menambah tukun kat umah tu.. heheheh..  Hari Jumaat pagi buat payment to Kak Rozi, malam dah dapat!  Pantas betulkan.. malam tu jugak saya rendam kacang soya.. sib baik Lynn Sham ajar step by step buat air soya tu.. kalau tidak, memang lost, tatau nak wat camne..  Ok, meh saya share cara2 buat ek.. Copy & paste je ni..

Hari tu I buat 2 cawan kacang.  Cuci bersih dan rendam sampai kembang (6-8 jam).
 
Cara nak blend:
1.  Guna jug yang I tandakan tu.
2.  Tutup jug dengan penutup dia, keluarkan penutup kecik (yang I bulatkan merah tu).  Kita akan gunakan penutup kecik tu sebagai penyukat kacang.
3.  Masuk 2 bahagian kacang + 1 cawan (guna cawan yang I tanda biru tu sebagai penyukat) air.
4.  Blend sampai halus.
5.  Curah susu kacang soya dlm periuk, buang hampas (hampas ni akan jadi halus sgt).  Tak perlu perah dah.
6.  Ulang 3-5 hingga habis.
7.  Pastu masak dgn daun pandan + gula hingga mendidih (I buang buih kat permukaan sebelum masak susu kacang soya).  Siap!  Sebelum minum, buanglah ‘kepala’ @ lapisan kat bahagian atas tu nanti.. insya’Allah tak ada serdak atau rasa berpasir.

Inilah hasilnya… tapi tak berapa perfect pasal di hujung cawan ada serdak2 soya bean tu.. mesti kes saya yg gelojoh waktu tuang air soya sebelum dimasak…  takpe, esok2 nak buat lagi… kata orang air soya jugak boleh tambah susu badan (sian Adib, my susu badan tak cukup)..

Saya attach kan gambar Smart Lady food processor saya sekali sebagai rujukan utk resepi Lynn kat atas tadi… Lastly, thanks soooo much kat Lynn Sham & Kak Rozi..

dsc06620

 

penyukat1