Rasa cam dah lama betul tak buat posting baru.. keje kat ofis ni melambak2.. Konon2 nak tanam azam baru – balik rumah pkl 6 sharp (ofis hours dari 9am - 6pm). Tapi apakan daya, cita2 tak kesampaian..
Anyway, back to masak memasak.. mmg tak dinafikan semangat mencuba dishes baru ni masih membara.. cumanya masa sangat limited sejak ada Adib Zaquan ni.. asyik ek ek ek, kene duduk dengan dia je..
Tapi disebabkan Lynn Sham geng RN yg membakar semangat kitorang dengan Smart Lady Food Processor nya yg boleh buat air soya dengan perfect, saya pun ikut sama beli (kak Rozi RN yg arrangekan, ramai gak beli!). Takmo ketinggalan menambah tukun kat umah tu.. heheheh.. Hari Jumaat pagi buat payment to Kak Rozi, malam dah dapat! Pantas betulkan.. malam tu jugak saya rendam kacang soya.. sib baik Lynn Sham ajar step by step buat air soya tu.. kalau tidak, memang lost, tatau nak wat camne.. Ok, meh saya share cara2 buat ek.. Copy & paste je ni..
Hari tu I buat 2 cawan kacang. Cuci bersih dan rendam sampai kembang (6-8 jam).
Cara nak blend:
1. Guna jug yang I tandakan tu.
2. Tutup jug dengan penutup dia, keluarkan penutup kecik (yang I bulatkan merah tu). Kita akan gunakan penutup kecik tu sebagai penyukat kacang.
3. Masuk 2 bahagian kacang + 1 cawan (guna cawan yang I tanda biru tu sebagai penyukat) air.
4. Blend sampai halus.
5. Curah susu kacang soya dlm periuk, buang hampas (hampas ni akan jadi halus sgt). Tak perlu perah dah.
6. Ulang 3-5 hingga habis.
7. Pastu masak dgn daun pandan + gula hingga mendidih (I buang buih kat permukaan sebelum masak susu kacang soya). Siap! Sebelum minum, buanglah ‘kepala’ @ lapisan kat bahagian atas tu nanti.. insya’Allah tak ada serdak atau rasa berpasir.
Inilah hasilnya… tapi tak berapa perfect pasal di hujung cawan ada serdak2 soya bean tu.. mesti kes saya yg gelojoh waktu tuang air soya sebelum dimasak… takpe, esok2 nak buat lagi… kata orang air soya jugak boleh tambah susu badan (sian Adib, my susu badan tak cukup)..
Saya attach kan gambar Smart Lady food processor saya sekali sebagai rujukan utk resepi Lynn kat atas tadi… Lastly, thanks soooo much kat Lynn Sham & Kak Rozi..

