Banana Cake

15 02 2011

A friend of my sis gave  her lots of bananas last Sunday.. and her hubby immediately thot of Banana Cake.. Since i have a wonderful, moist & simple banana cake recipe, i immediately obliged..  I’m not sure if i’ve given the recipe, but to make your life easier in case you’d like to try, here it goes:-

  • 1 cup sugar
  • 1 cup oil (which i replace with melt butter)
  • 6 – 7 bananas (i used ‘pisang berangan’ – sorry, not sure the name in English)
  • 4 large eggs
  • 1 1/2 cups all purpose flour
  • 1 teaspoon soda bicarbonate
  • 1/2 teaspoon baking powder

Mix flour, soda and baking powder in a bowl.  Put it aside.  Blend in sugar, oil, eggs and bananas in a food processor/blender.  Then add the mixtures into the flour.  Bake for about 50 minutes, 160C.  That’s it!  Oh i forgot, at the stage before baking, i also add in 2-3 bananas cut in chunk..  what can i say, i just love bananas..  you can skip this, your choice.. i doubled the recipe so that it’s enough to distribute to all my siblings houses..

And you know what.. today (tuesday), i made another batch (also double) and my siblings just can’t have enough of it.. especially when i sent it to their houses (all next to each other!) right after it was out of the oven.. who could resist a hot banana cake on a rainy afternoon.. heaven!!





Waffle Hitam Putih

12 01 2009

Entah kenapa semangat berkobar2 sungguh nak buat waffle sendiri.. surf internet utk cari waffle maker kat mana tapi rupanya kat Malaysia ni takde la (waffle maker yg best2 cam kat obersee tu..).  Frust sungguh saya.. tanya punya tanya, finally geng RN kata ada jual kat Tesco, brand Takada.. So hari Jumaat malam tu, saya pegi gak beli kat Tesco, harganya RM59.90.   Pada saya, brand ni tidak langsung menepati citarasa.. poket dia kecik2 (jgn terpedaya dgn gambar bwh ni, nampak macam deep je), pastu warna waffle jadi tak sekata(refer gambar waffle putih).. geram pulak!  rasa cam nak gi obersee semata2 utk beli waffle maker nih!

Hari Sabtu petang, saya try 2 resepi waffle; satu dari Mamafami (modified by Ida Merpati), satu lagi Pensonic punya resepi yg disharekan di www.resepirrrecipe.com.  Pada tekak saya, mamafami punya sedap cuma tak crispy.. rasa cam pancake je.. agaknya pasal waffle maker saya kot yg takde deep pocket.. kalau deep pocket, maybe dia jadi crispy..  Pensonic punya guna minyak lebih, pasal tu kot dia lebih crispy & i like it.. Malam tu punyalah tak menang tangan saya buat waffle kat gerai my dad.. kitorang makan dengan ice cream, peanut butter & chocolate…

Then, on Sunday saya whipped 2 batches of Pensonic batter + 2 batches of chocolate waffle yg saya jumpa resepinya di www.Purnama2U.com yg dishare oleh Along (thanks Along).  Rasanya sedap (kalau makan sikit la) tapi nak menghabiskan sekeping tu, memang agak jemu (mungkin pada tekak saya je).  i think dia lebih sedap dimakan dengan ice-cream. Tapi waffle coklat ni budak2 suka…   pastu ada yg mintak 2 in 1 lagi.. sekeping waffle, separuh putih separuh hitam (sori gambar takde pasal dah kalut ramai yg menunggu waffle ni)…

Resepi2 utk dicuba:-

  WAFFLE HITAM
(Resipe oleh Along dari Purnama2U.com)
Bahan-bahan (utk 2 adun)
* 1 cawan serbuk koko
* 120g butter / marjerin
* 3/4 x 2 cawan gula halus
* 4 biji telur
* 4 ct esen vanila
* 2 cawan tepung + 2 ct baking soda + 1/2 ct garam
* 1 1/2 cawan susu segar + 2 1/2 ct cuka
   
  Cara-cara
* Gaulkan koko, marjerin & gula sehingga rata
* Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
* Masukkan esen vanila.
* Masukkan tepung & susu berselang-seli.
* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).
* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos, peanut butter, etc.
  WAFFLE PUTIH
(Resipe Pensonic yg dishare di www.resepirrrecipe.com)
Bahan-bahan
* 2 biji telur (asingkan putih & kuning)
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1/2 cawan minyak sayur (saya guna minyak biasa je)
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1 cb baking powder
* 1 cb gula halus (saya buat 2 cb – lagi sedap)
* 1 ct garam (saya kurangkan jadi 1/2 ct je)
   
  Cara-cara
* Pukul putih telur hingga kembang (stiff but not dry). Ketepikan
* Dalam bowl lain, pukul kuning telur hingga agak pekat.
* Campurkan susu dan minyak dalam kuning telur.
* Masukkan pula bahan2 kering.  Gaul rata.
* Akhir sekali masukkan putih telur tadi.  Kaup balikkan.
* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).
* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos, peanut butter, etc.

 

dsc06630

 dsc066311

dsc06637

dsc06633

dsc06635

dsc066411





Air Soya

12 01 2009

Rasa cam dah lama betul tak buat posting baru.. keje kat ofis ni melambak2.. Konon2 nak tanam azam baru – balik rumah pkl 6 sharp (ofis hours dari 9am - 6pm).  Tapi apakan daya, cita2 tak kesampaian..

Anyway, back to masak memasak.. mmg tak dinafikan semangat mencuba dishes baru ni masih membara.. cumanya masa sangat limited sejak ada Adib Zaquan ni.. asyik ek ek ek, kene duduk dengan dia je.. 

Tapi disebabkan Lynn Sham geng RN yg membakar semangat kitorang dengan Smart Lady Food Processor nya yg boleh buat air soya dengan perfect, saya pun ikut sama beli (kak Rozi RN yg arrangekan, ramai gak beli!).  Takmo ketinggalan menambah tukun kat umah tu.. heheheh..  Hari Jumaat pagi buat payment to Kak Rozi, malam dah dapat!  Pantas betulkan.. malam tu jugak saya rendam kacang soya.. sib baik Lynn Sham ajar step by step buat air soya tu.. kalau tidak, memang lost, tatau nak wat camne..  Ok, meh saya share cara2 buat ek.. Copy & paste je ni..

Hari tu I buat 2 cawan kacang.  Cuci bersih dan rendam sampai kembang (6-8 jam).
 
Cara nak blend:
1.  Guna jug yang I tandakan tu.
2.  Tutup jug dengan penutup dia, keluarkan penutup kecik (yang I bulatkan merah tu).  Kita akan gunakan penutup kecik tu sebagai penyukat kacang.
3.  Masuk 2 bahagian kacang + 1 cawan (guna cawan yang I tanda biru tu sebagai penyukat) air.
4.  Blend sampai halus.
5.  Curah susu kacang soya dlm periuk, buang hampas (hampas ni akan jadi halus sgt).  Tak perlu perah dah.
6.  Ulang 3-5 hingga habis.
7.  Pastu masak dgn daun pandan + gula hingga mendidih (I buang buih kat permukaan sebelum masak susu kacang soya).  Siap!  Sebelum minum, buanglah ‘kepala’ @ lapisan kat bahagian atas tu nanti.. insya’Allah tak ada serdak atau rasa berpasir.

Inilah hasilnya… tapi tak berapa perfect pasal di hujung cawan ada serdak2 soya bean tu.. mesti kes saya yg gelojoh waktu tuang air soya sebelum dimasak…  takpe, esok2 nak buat lagi… kata orang air soya jugak boleh tambah susu badan (sian Adib, my susu badan tak cukup)..

Saya attach kan gambar Smart Lady food processor saya sekali sebagai rujukan utk resepi Lynn kat atas tadi… Lastly, thanks soooo much kat Lynn Sham & Kak Rozi..

dsc06620

 

penyukat1





Pancake ke Dorayaki?

27 11 2008

Lepas tunjuk kat Danisya gambar pancake yang Jeni snap (owner of ResipiNet), she insisted that i made the pancake right away…  Danisya ni memang tak penyabar la..  nasib baik senang banget nak bancuh & semua bahan ada.. lepas bancuh, suruh dia yg masak.. guna non-stick pan, memang takde problem..  suka betul dia dapat main masak2…  the first batch yg dia buat tu, dia makan dengan honey.. dah habis 1 adun dia belasah dengan geng2, saya bancuh lagi 1 adun utk minum petang..  first batch saya guna resepi asal, 2nd batch guna modified recipe by Jeni.. memang  yg modified tu laaaagi superb.. my dad loves it.. tapi yang dah di-modified jadi “Dorayaki”.. hehehhehe… saya sandwichkan 2 keping pancake, isi dia kacang hitam.. cam dorayaki kot (main agak2 je pasal tak penah makan dorayaki pun).  My sis tried letak kaya tengah2 dia.. katanya laaaagi sedap… terpulanglah pada selera masing2 ye…  my dad mintak buatkan lagi sabtu ni utk acara perasmian gerai makan kecik dia tu.. no prob!!

Resepi kat bawah ni:- (thanks jeni sebab gambar pancake mu buat ku tirrgoda..)

Pancake
Sumber asal : Good Old Fashioned Pancakes
http://allrecipes. com/Recipe/ Good-Old- Fashioned- Pancakes/ Detail.aspx

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 1/2-3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 biji telur
3 sdb mentega dicairkan (bila malas saya guna minyak biasa sahaja (selalu tu memang malas la :D ) )
Saya tambah 1 sdt esen vanilla

Cara
Ayak tepung, baking powder, garam dan gula. (Saya tak ayak pon)

  1. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.
  2. Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
  3. Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
  4. Terbalikkan
  5. Biar seketika & angkat.

dsc06570

dsc065691








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.