Waffle Hitam Putih

Entah kenapa semangat berkobar2 sungguh nak buat waffle sendiri.. surf internet utk cari waffle maker kat mana tapi rupanya kat Malaysia ni takde la (waffle maker yg best2 cam kat obersee tu..).  Frust sungguh saya.. tanya punya tanya, finally geng RN kata ada jual kat Tesco, brand Takada.. So hari Jumaat malam tu, saya pegi gak beli kat Tesco, harganya RM59.90.   Pada saya, brand ni tidak langsung menepati citarasa.. poket dia kecik2 (jgn terpedaya dgn gambar bwh ni, nampak macam deep je), pastu warna waffle jadi tak sekata(refer gambar waffle putih).. geram pulak!  rasa cam nak gi obersee semata2 utk beli waffle maker nih!

Hari Sabtu petang, saya try 2 resepi waffle; satu dari Mamafami (modified by Ida Merpati), satu lagi Pensonic punya resepi yg disharekan di www.resepirrrecipe.com.  Pada tekak saya, mamafami punya sedap cuma tak crispy.. rasa cam pancake je.. agaknya pasal waffle maker saya kot yg takde deep pocket.. kalau deep pocket, maybe dia jadi crispy..  Pensonic punya guna minyak lebih, pasal tu kot dia lebih crispy & i like it.. Malam tu punyalah tak menang tangan saya buat waffle kat gerai my dad.. kitorang makan dengan ice cream, peanut butter & chocolate…

Then, on Sunday saya whipped 2 batches of Pensonic batter + 2 batches of chocolate waffle yg saya jumpa resepinya di www.Purnama2U.com yg dishare oleh Along (thanks Along).  Rasanya sedap (kalau makan sikit la) tapi nak menghabiskan sekeping tu, memang agak jemu (mungkin pada tekak saya je).  i think dia lebih sedap dimakan dengan ice-cream. Tapi waffle coklat ni budak2 suka…   pastu ada yg mintak 2 in 1 lagi.. sekeping waffle, separuh putih separuh hitam (sori gambar takde pasal dah kalut ramai yg menunggu waffle ni)…

Resepi2 utk dicuba:-

  WAFFLE HITAM
(Resipe oleh Along dari Purnama2U.com)
Bahan-bahan (utk 2 adun)
* 1 cawan serbuk koko
* 120g butter / marjerin
* 3/4 x 2 cawan gula halus
* 4 biji telur
* 4 ct esen vanila
* 2 cawan tepung + 2 ct baking soda + 1/2 ct garam
* 1 1/2 cawan susu segar + 2 1/2 ct cuka
   
  Cara-cara
* Gaulkan koko, marjerin & gula sehingga rata
* Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
* Masukkan esen vanila.
* Masukkan tepung & susu berselang-seli.
* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).
* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos, peanut butter, etc.
  WAFFLE PUTIH
(Resipe Pensonic yg dishare di www.resepirrrecipe.com)
Bahan-bahan
* 2 biji telur (asingkan putih & kuning)
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1/2 cawan minyak sayur (saya guna minyak biasa je)
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1 cb baking powder
* 1 cb gula halus (saya buat 2 cb – lagi sedap)
* 1 ct garam (saya kurangkan jadi 1/2 ct je)
   
  Cara-cara
* Pukul putih telur hingga kembang (stiff but not dry). Ketepikan
* Dalam bowl lain, pukul kuning telur hingga agak pekat.
* Campurkan susu dan minyak dalam kuning telur.
* Masukkan pula bahan2 kering.  Gaul rata.
* Akhir sekali masukkan putih telur tadi.  Kaup balikkan.
* Bakar dalam waffle maker (make sure panaskan dulu!).
* Hidangkan dengan topping kegemaran – ice cream, sos, peanut butter, etc.

 

dsc06630

 dsc066311

dsc06637

dsc06633

dsc06635

dsc066411

Published in: on January 12, 2009 at 6:59 am Comments (4)

The URI to TrackBack this entry is: http://lizcookies.wordpress.com/2009/01/12/waffle-hitam-putih/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 Comments Leave a comment.

  1. fuh..sodap nie..
    dah jadi waffle A&W ler…
    sedap kalau makan panas2 inti dalam sebelah letak coklat sebelah lagi letak peanut butter..
    fuh..terliur..heheheh

  2. emm…. cantiknye waffle tu, blh tau kat mana nak beli waffle machine tu….. ooops, salam perkenalan.!

  3. ooo. tadi tak baca habis….. dah tau mana nak cari….. tq so much!

  4. slam pkenaln, dr mn nk dpt acuan wafer 2?


Leave a Comment