Lepas tunjuk kat Danisya gambar pancake yang Jeni snap (owner of ResipiNet), she insisted that i made the pancake right away… Danisya ni memang tak penyabar la.. nasib baik senang banget nak bancuh & semua bahan ada.. lepas bancuh, suruh dia yg masak.. guna non-stick pan, memang takde problem.. suka betul dia dapat main masak2… the first batch yg dia buat tu, dia makan dengan honey.. dah habis 1 adun dia belasah dengan geng2, saya bancuh lagi 1 adun utk minum petang.. first batch saya guna resepi asal, 2nd batch guna modified recipe by Jeni.. memang yg modified tu laaaagi superb.. my dad loves it.. tapi yang dah di-modified jadi “Dorayaki”.. hehehhehe… saya sandwichkan 2 keping pancake, isi dia kacang hitam.. cam dorayaki kot (main agak2 je pasal tak penah makan dorayaki pun). My sis tried letak kaya tengah2 dia.. katanya laaaagi sedap… terpulanglah pada selera masing2 ye… my dad mintak buatkan lagi sabtu ni utk acara perasmian gerai makan kecik dia tu.. no prob!!
Resepi kat bawah ni:- (thanks jeni sebab gambar pancake mu buat ku tirrgoda..)
Pancake
Sumber asal : Good Old Fashioned Pancakes
http://allrecipes. com/Recipe/ Good-Old- Fashioned- Pancakes/ Detail.aspx
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 1/2-3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 biji telur
3 sdb mentega dicairkan (bila malas saya guna minyak biasa sahaja (selalu tu memang malas la
) )
Saya tambah 1 sdt esen vanilla
Cara
Ayak tepung, baking powder, garam dan gula. (Saya tak ayak pon)
- Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.
- Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
- Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
- Terbalikkan
- Biar seketika & angkat.












